Saturday, June 27, 2015

Cerita kanak-kanak 'Mirbah Belajar Menyimpan Buah Mangga'

Merbah dan Mirbah mendapat tahu Tupai masih banyak menyimpan buah mangga sedangkan musim buah mangga sudah berakhir. Merbah berang dan menuduh Tupai tamak dan telah membolot kesemua buah mangga. Apa pula reaksi Mirbah?

Itulah premis bagi cerita kanak-kanak pertama saya yang diterbitkan menerusi Bukuu, bertajuk 'Mirbah Belajar Menyimpan Buah Mangga'. Buku digital interaktif ini sudah boleh dimuat turun melalui Google Play di link ini: https://goo.gl/dlRDcr

Kebetulan sekarang memang musim buah mangga :)

“Mirbah Belajar Menyimpan Buah Mangga” merupakan salah satu daripada 5 judul yang terdapat di dalam “Siri Di Alam Unggas” (http://bukuu.com.my/app/mirbah-belajar-menyimpan-buah-mangga/). Cerita-cerita dalam siri ini sesuai untuk kumpulan umur 6 hingga 8 tahun.

Kapur Kasut vs Kapur Tulis

Alhamdulillah, cerita saya terpilih untuk dimuatkan dalam antologi bertemakan kisah alam persekolahan ini. Kapur Kasut vs Kapur Tulis ini setebal 245 halaman dan mengandungi 50 cerita daripada 50 penulis. Baru sahaja terbit awal bulan lepas.

Harganya RM29 senaskhah, tapi tuan puan boleh dapatkannya daripada saya dengan harga RM30 sahaja termasuk kos pos. Hubungi saya di alamat e-mel mynie.mat@gmail.com atau nombor telefon O12-3O3947O.